KAHERAH 2 Jun – Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua ketika negara ini berhadapan dengan masalah ekonomi dan keselamatan yang sukar. Sisi mengangkat sumpah di hadapan anggota kerajaan pimpinannya selepas memenangi 97 peratus undi pada pilihan raya Presiden, Mac lalu. Pada pilihan raya lalu, beliau tidak menghadapi cabaran sengit daripada pesaing kecuali daripada Moussa Mostafa Moussa yang tidak dikenali tetapi merupakan penyokong kuat Sisi. Kesemua calon parti politik lain sama ada menarik diri atau menyebelahi Sisi. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya