PASIR MAS 5 Jun – Seorang pengusaha ketupat dari Kampung Banggol Chicha di sini menerima tempahan lebih 30,000 biji makanan tradisional itu untuk dihidangkan pada 1 Syawal. Fatimah Ibrahim, 46, berkata, kerja-kerja menyiapkan tempahan itu sudah dimulakan sejak hari pertama umat Islam mula berpuasa bersama enam pembantu. “Proses membuat ketupat ini dilakukan sepenuhnya oleh saya termasuklah penyediaan bahan-bahan. “Sementara, kerja-kerja membungkus ketupat dilakukan oleh pembantu dan kesemua mereka ini sudah mahir dengan kerja-kerja tersebut,” katanya. Fatimah memberitahu, kesemua tempahan itu diterima sebulan sebelum kedatangan Ramadan. Katanya, dia sudah menutup sepenuhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya