KOTA BHARU – Penolong jurulatih Kelantan Yusri Che Lah sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk membimbing The Red Warriors (TRW) selepas Ketua Jurulatihnya, Fajr Ibrahim meletak jawatan berkuat kuasa hari ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan daripada bekas jurulatih kebangsaan Syria itu pada awal pagi tadi. “Tugas Ketua Jurulatih TRW akan dipangku Yusri buat sementara dan beliau sedang membuat persiapan menentang Kedah malam ini di Stadium Darul Aman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Pada Mac lepas, Fajr menggantikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya