KUALA LUMPUR 28 Jun – Polis menahan empat wanita dan dua lelaki yang seorangnya merupakan remaja bawah umur kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah menerusi dua serbuan di sekitar Ampang dekat sini semalam dan kelmarin. Hasil tangkapan tersebut, turut dirampas iaitu pelbagai jenis dadah bernilai RM25,820. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias berkata, dalam serbuan pertama, seorang wanita dan lelaki ditahan dalam sebuah kereta di tepi jalan di kawasan Pandan Perdana, dekat sini kelmarin sebelum menemukan sejumlah dadah. Ujarnya, susulan daripada itu, pihaknya melakukan satu serbuan ke atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya