MUMBAI 25 Jun – Sekurang-kurangnya empat orang maut ketika musim monsun yang membawa hujan lebat serta angin kencang melanda bandar ini sejak beberapa hari lalu. Al-Jazeera melaporkan, dua orang terbunuh dan lima cedera semalam akibat dihempap pokok tumbang, manakala seorang mangsa berusia 15 tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang. Selain itu, seorang kanak-kanak juga terkorban apabila dinding rumah keluarganya runtuh pada awal pagi ini. Hujan lebat yang melanda juga meruntuhkan beberapa dinding lain di kawasan Wadala sehingga merosakkan kira-kira 15 buah kenderaan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya