BEREGU lelaki No.2 negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melakar kejutan pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas menewaskan pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen 21-17, 13-21, 21-13 di pusingan pertama sebentar tadi. Turun sebagai beregu bukan pilihan nyata tidak menjejaskan sedikit pun keyakinan gandingan No.2 negara itu apabila melakukan serangan bertali arus ke arah pasukan lawan. Kata Ee Yi, dia sendiri seolah-olah tidak percaya mampu melakar kemenangan pada perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi lawan mereka itu merupakan beregu No.3 dunia. “Sangat gembira dengan kemenangan ini dan ia sukar dipercayai.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya