SEGAMAT 3 Jun – Lebih 1,000 helai pakaian terpakai berjaya dikumpul Pasaraya Econsave Segamat hasil sumbangan orang ramai melalui projek Tabung Ziarah Kasih Econsave untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Pengurusnya, Rusihan Hadi Rahmin berkata, projek yang bermula awal April lalu itu juga mengumpul sumbangan barangan makanan dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat dan pengunjung pasar raya tersebut yang prihatin terhadap nasib golongan memerlukan. “Pada awalnya, projek ini kami adakan selama beberapa hari sahaja, namun terpaksa dilanjutkan berdasarkan permintaan penduduk setempat sendiri sehingga bakul besi yang disediakan untuk mengumpul barangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya