FLORENCE, Itali – Pasukan Ducati melalui hari penuh gemilang apabila dua pelumbanya, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso merangkul kedudukan 1-2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello malam tadi. Kejayaan itu turut menyaksikan Lorenzo berjaya memenangi perlumbaan buat kali pertama sejak menyertai Ducati tahun lalu dengan catatan masa 41 minit 43.230 saat, manakala Dovizioso berpuas hati di tempat kedua. Meskipun memulakan perlumbaan di petak kedua, namun Lorenzo membuktikan kemampuan jentera Ducati pada perlumbaan tersebut apabila memimpin perlumbaan sejak pusingan pertama hingga ke garisan penamat. Lorenzo…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya