LIMBANG – Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Simpang Ranggau, Jalan Airport di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohammad Azlan Abdul Hamid, 18, dan Harreild Hellvian Hary, 16. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, Mohammad Azlan dikatakan sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Limbang dari arah pusat bandar di sini. Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, remaja lelaki yang menunggang motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya