SINGAPURA 5 Jun – Dua lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan dan penyamaran, umum Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu sidang media hari ini. Lapor Channel News Asia, dua suspek berkenaan, masing-masing berusia 18 dan 33 tahun, ditahan semalam dalam satu operasi di Ubi Avenue 1 serta wang tunai sebanyak AS$442,305 (RM1.7 juta) dirampas. Kedua-dua suspek didakwa menipu dua orang wanita membabitkan wang tunai sebanyak AS$307,367 (RM1.2 juta) awal bulan ini. Dua wanita terbabit dikatakan menerima panggilan palsu yang mendakwa mereka adalah pegawai polis dari China.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya