ALOR SETAR 6 Jun – Penerima Anugerah Khas Pembahas Terbaik bagi Parlimen Belia Malaysia 2014 hingga 2016, Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk mengisi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok berkata, pihaknya percaya landskap politik UMNO akan berubah ekoran kekalahan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Menurut peguam berusia 26 tahun itu, perubahan juga perlu berlaku menerusi pemilihan barisan kepimpinan yang boleh diterima rakyat. “Saya menawarkan diri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya