TOKYO 30 Jun- Dua orang maut ketika menjalankan akiviti sukan luncur udara atau paragliding di wilayah Gunma, Timur Jepun. Lapor Agensi Berita China Xinhua memetik media tempatan dengan berkata, insiden itu berlaku di sebuah sekolah paragliding tempatan di mana seorang lelaki berusia 36 tahun dari Tokyo dan pelatih jatuh ke tanah kira-kira 30 meter dari udara. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital selepas kemalangan dan telah disahkan meninggal dunia. Polis tempatan masih menyiasat keadaan itu.- BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya