TANGKAK – Dua maut manakala enam lagi cedera serta 32 penumpang terselamat apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di Kilometer 164 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia melibatkan masing-masing seorang penumpang lelaki dan wanita manakala enam cedera membabitkan penumpang lelaki. Sementara itu, seramai 32 penumpang lain yang terselamat terdiri daripada 31 lelaki termasuk pemandu bas dan seorang wanita. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Abdul Rahman Jaafar berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya