HULU TERENGGANU – Tindakan dua lelaki warga Thailand menceroboh kawasan hutan Taman Negara Terengganu dekat sini baru-baru ini bagi mencuri hasil hutan serta memburu hidupan liar mengundang padah setelah kegiatan tersebut berjaya dihidu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar serta Taman Negara (Perhilitan) negeri. Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Rahmah Ilias berkata, seramai empat anggota Perhilitan telah menyerbu dua buah khemah yang didirikan dua suspek warga asing terbabit pada 27 Mei lalu susulan maklumat diterima daripada orang awam. Menurutnya, hasil daripada serbuan tersebut, pihaknya telah berjaya merampas sebanyak 13 taring hidupan liar disyaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya