SWITZERLAND 4 Jun – Penyerang Peru, Paolo Guerrero meraikan penangguhan hukuman penggantungan doping dengan penuh bergaya apabila meledak dua gol membantu pasukannya menewaskan Arab Saudi 3-0 dalam aksi persahabatan, tiga hari selepas dia diberi kebenaran untuk membuat penampilan di pentas Piala Dunia buat pertama kali. Kapten Peru itu menjaringkan gol kedua dan ketiga perlawanan selepas Andre Carrillo membuka tirai jaringan menerusi rembatan voli dalam perlawanan yang berlangsung di Saint Gallen. Perlawanan tersebut disaksikan kira-kira 18,000 penonton dengan sebahagian besarnya dipenuhi penyokong Peru yang datang dari negara jiran selepas berasa teruja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya