ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad julung kalinya menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei lepas. Dr. Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamd Ali tiba di istana itu pada pukul 1.50 tengahari dan pertemuan yang berlangsung selama 90 minit dengan baginda turut disertai Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff. Dr. Mahathir memohon menghadap Sultan Sallehuddin sempena lawatan tiga hari ke negeri itu. Terdahulu, rakyat pelbagai kaum menyambut meriah kepulangan Dr.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya