SHAH ALAM – Bekas Pakar Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Dr R. Kunaseegaran, 55, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM700,000 lima tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Rozilah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman penjara masing-masing lima tahun serta denda RM3.5 juta dan hukuman diarahkan berjalan serentak daripada tarikh tangkapan. Rozilah turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya