APABILA kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula status pemilikan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, tidak mengejutkan jika ramai yang membuat andaian bahawa isu tuntutan bertindih di antara dua negara jiran akan berakhir. Perlu diungkitkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 adalah Batu Puteh menjadi milik Singapura manakala Batuan Tengah jatuh kepada Malaysia sementara status Tubir Selatan perlu dirundingkan di antara dua negara. Ketika mengumumkan keputusan tidak meneruskan permohonan semakan semula, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memberikan alasan tetapi ada membayangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya