Dimanakah letaknya keadilan, Atas nama kebebasan bersuara, Orang dihina disuruh membisu. Dimanakah letaknya keadilan, Atas nama kebebasan bersuara, Orang difitnah disuruh mendiamkan diri. Dimanakah keadilan, Atas nama kebebasan bersuara, Orang menghasut dibiarkan begitu sahaja, Seolah-olah dunia ini dia yang punya, Pendakwa akan dicerca dikata nista. Tiada lagi rasa hormat pada raja, Megahnya penulis menyebar berita, Ramai peminat dahagakan berita, Percaya membabi buta. Akan bertahankah institusi diraja, Atau akan runtuh sebuah bahtera, Seperti mana runtuhnya, Kerajaan Melaka. Zuharimah Shah Alam, Selangor
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya