KUALA LUMPUR – Lebih 30 pengamal media berkumpul di luar kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini berikutan desas-desus bekas Perdana Menteri itu akan ditahan pada malam ini. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi menyangkal perkara itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyatakan perkara sama apabila Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak bercadang membuat serbuan atau menangkap Najib pada masa ini. Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu masih dikawal ketat oleh pihak polis dengan balai polis bergerak ditempatkan di situ. Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya