KOTA KINABALU – Dua wanita pelancong warganegara China yang berkelakuan tidak sopan menari di atas tembok kawasan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas ditahan di sebuah hotel di sini hari ini. Kedua-dua suspek berusia 25 dan 37 tahun yang merupakan guru tari ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kedua-dua wanita terbabit mengaku bahawa mereka merupakan individu dalam video yang tular menerusi laman sosial baru-baru ini. “Mereka mengaku tindakan (menari) itu dilakukan tanpa sebarang niat untuk mengaibkan kesucian masjid. “Dimaklumkan, tarian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya