KUALA LUMPUR 7 Jun – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Tokoh Wartawan Negara, A. Kadir Jasin berhubung pendedahan di dalam blog peribadinya yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membelanjakan kira-kira RM257 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan tersebut akan dijalankan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Ujar beliau, kertas siasatan dibuat selepas tiga laporan polis dilakukan terhadapnya. “Sebaik sahaja siasatan selesai, kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya