KUALA LUMPUR 26 Jun – Beberapa polisi untuk membantu orang Melayu bakal diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha mengelakkan konflik dengan kumpulan etnik `lebih kaya’ seperti Cina. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada bahagian dan bidang tertentu yang tindakan afirmatif masih perlu dilaksanakan oleh kerajaan. “Kami telah mengurangkan jurang antara orang Melayu dan kebanyakkan orang Cina, tetapi ada bidang tertentu yang memerlukan kami memberi orang Melayu sedikit dorongan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam wwancara bersama Channel News Asia yang disiarkan semalam. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya