KUALA LUMPUR 26 Jun – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas mengetepikan cabaran Kazumasa Sakai di Axiata Arena, di sini hari ini. Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu hanya memerlukan 33 minit untuk menang 21-13, 21-10 ke atas Kazumasa bagi menempah aksi menentang Lee Hyun Il yang menundukkan Suppanyu Avinhingsanon 21-18, 21-13. Bekas pemain No.1 dunia itu berkata, aksi hari ini bukan yang terbaik daripada dirinya terutama untuk 11 mata pertama di dalam set pertama kerana dia sedang berusaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya