SINGAPURA – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis mendakwa tindakan China membina infrastruktur persenjataan canggih di Laut China Selatan bertujuan menakut-nakutkan dan mengugut negara jiran. Bercakap pada persidangan keselamatan berprofil tinggi di sini, ketua Pentagon itu juga berkata, Beijing didapati membina kelengkapan ketenteraan termasuk misil antikapal, misil darat ke udara dan sistem penyesak elektronik di kawasan Laut China Selatan. Semua itu dibina di pulau buatan kecil dengan ciri-ciri kemudahan maritim selain prasarana ketenteraan kekal. Beijing sebelum ini didakwa mendaratkan pesawat pengebom di Pulau Woody yang terletak di kawasan Kepulauan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya