KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd. Group hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Rohana Rozhan yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, namun beliau akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah. Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu. “Datuk Rohana merupakan pemimpin yang memberi inspirasi kepada semua di Astro dengan mengetuai kumpulan mencatat pencapaian bermakna dalam industri media di Malaysia. “Kami akur dan menghormati keputusan beliau untuk melepaskan jawatan CEO Kumpulan dan mengucapkan selamat maju jaya,” kata Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rohana disifatkan sebagai perancang utama strategi pertumbuhan Astro termasuk membolehkan stesen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya