BARU-BARU ini timbul cadangan agar kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi di bawahnya dikaji semula sama ada dimansuh, diperkecilkan atau dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri. Cadangan pemansuhannya dibuat berdasarkan faktor penggunaan wang pembayar cukai. Setiap tahun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang banyak untuk membolehkan fungsi dan peranannya dapat dilaksanakan. Perbelanjaan yang besar itu dikatakan tidak adil dan membazir kerana 90 peratus pembayar cukai di Malaysia dilakukan oleh bukan Islam. Ada juga cadangan agar fungsi dan peranan institusi Islam di bawah pentadbiran Jakim diperkecilkan bagi mengurangkan beban perbelanjaan negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya