KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini namun kembali rendah selepas mengalami kekurangan sokongan belian berterusan, kata peniaga. Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,784.45, turun 1.36 mata, selepas dibuka 2.09 mata lebih tinggi kepada 1,787.90 berbanding 1,785.81 sewaktu ditutup pada Khamis. Bagi pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 132 berbanding 109, manakala 160 kaunter tidak berubah, 1,498 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 155.96 juta saham bernilai RM49.12 juta. Peniaga berkata, indeks…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya