KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah namun bertukar positif selepas 45 saat didagangkan hari ini, menjejaki indeks ekuiti semalaman Amerika Syarikat (AS) yang pulih daripada kejatuhan selama beberapa hari yang lepas. Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 5.21 mata kepada 1,681.44 berbanding 1,675.86 pada penutupan Selasa. Indeks dibuka 1.62 mata lebih rendah kepada 1,674.24. Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 147 berbanding 64, manakala 144 kaunter tidak berubah, 1,568 tidak diniagakan dan 92 lagi digantung. Jumlah dagangan sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya