Buku teks, aktiviti hanya 28 peratus beban beg sekolah - Utusan Malaysia

Buku teks, aktiviti hanya 28 peratus beban beg sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Buku teks dan aktiviti hanya menyumbang 28 peratus kepada beban beg sekolah murid rendah, demikian menurut Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah pada 2017. Kajian itu mendapati, penyumbang berat beg sekolah yang selebihnya terdiri daripada alat tulis, buku kerjaswasta, uniform sekolah agama atau kurikulum, bekalan makanan dan minuman, gajet serta beg itu sendiri. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi menangani isu beg berat menerusi pelaksanaan beberapa langkah segera termasuk penggubalan garis panduan serta syor kepada murid, guru, ibu bapa dan sekolah. Beliau berkata, kementerian mengesyorkan agar pihak sekolah menyusun jadual waktu untuk tiga hingga empat mata pelajaran setiap hari, selain semua aktiviti perlu diselesaikan di dalam kelas atau bersambung pada kelas seterusnya bagi mengurangkan membawa pulang kerja rumah. Bercakap dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini, beliau berkata, guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas (surat siaran berkaitan buku kerja/jadual anjal) selain memberi arahan jelas kepada murid apa yang perlu dibawa dalam kelas setiap hari. –…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya