JIWANYA sarat dicengkam selulit emosi yang tidak pernah padam. Bukan genre balada sebegini yang dimahukan figura bernama Ara Johari sebaik menjejakkan kaki ke kancah industri hiburan tanah air sekitar dua tahun sudah. Andai diturut kata hati, sudah lama pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari, 21, mahu memperjuangkan genre rock yang menjadi makanannya sejak sekian lama. Cuma kalau sudah namanya rezeki, pesona yang diterjemahkan dua untaian lagu berjudul Warkah Untukku dan Bunga dihadam dengan sebaik mungkin. Kini, Ara benar-benar nekad. Kendatipun sudah sinonim dengan sentuhan Hang Nadim menerusi kedua-dua lagu berkenaan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya