GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan. “Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini hari ini. Antara yang turut hadir pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya