IPOH 7 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengeluarkan 12 notis kesalahan ke atas pusat beli-belah di seluruh negeri ini dalam pemeriksaan sempena musim perayaan Aidilfitri. YAHAYA MADIS Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, notis itu dikeluarkan ekoran kegagalan premis berkenaan dalam aspek keselamatan terutama kepada pengunjung. Beliau berkata, sebanyak 105 premis diperiksa dan menyasarkan sekurang-kurangnya 200 pusat beli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri. “Pusat beli-belah menjadi tumpuan pengunjung untuk menyediakan persiapan perayaan selain mempunyai ruang niaga yang banyak. “Bagaimanapun, didapati ada antara pusat beli-belah itu mengabaikan aspek keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya