SAUDARA PENGARANG, PADA malam Sabtu 23 Jun lalu telah berlangsung perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala FA 2018 antara pasukan Pahang ‘Tok Gajah’ dan PKNP FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Sebagai peminat pasukan tuan rumah yang mengeluarkan wang untuk membeli tiket, minyak kereta dan makan minum semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan kami dan sokongan kepada sukan nombor satu dunia ini, agak rasa terkilan dengan sikap sebahagian besar pemain PKNP FC. Mereka tidak profesional kerana banyak melengah-lengahkan masa kerana kecederaan yang sengaja dibuat-buat. Sikap ini juga boleh dilihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya