KUDAT 26 Jun – Sebuah blok asrama yang menempatkan pelajar Sekolah Menengah (SM) Pei Psin, di sini terbakar, pagi tadi. Kejadian pada pukul 8.18 pagi tersebut menyebabkan hampir keseluruhan tingkat atas bangunan asrama tersebut musnah. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.20 pagi sebelum menghantar sepasukan 24 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat. “Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba melakukan pemadaman dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.48 pagi. “Tiada kecederaan dilaporkan kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya