HEBOHLAH seluruh negara semalam menceritakan hasil rampasan polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggarkan mencecah RM1 bilion. Pelbagai reaksi diberikan dan sudah pastilah ramai mengecam dengan pelbagai tuduhan. Namun bagi Awang, pihak polis masih belum menyelesaikan siasatan. Kalau mengikut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, beliau menjelaskan, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor serta individu-individu tertentu akan dipanggil untuk diambil keterangan. Oleh itu Awang berpendapat adalah lebih baik jika semua pihak menunggu dahulu polis menyelesaikan siasatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya