KOTA BHARU 9 Jun – Tindakan pihak tertentu yang sejak kebelakangan ini secara terbuka menghina dan memperlekeh institusi raja harus dibendung sejak awal bagi memastikan perkara itu tidak menular dan menjadi budaya baharu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana menyentuh soal pokok kepada Perlembagan Negara iaitu institusi raja yang tidak sepatutnya cuba diganggu gugat. Tegas beliau, konsep Malaysia Baharu yang dilaksanakan sekarang adalah berasaskan kebebasan media, namun itu bukan bermakna semua pihak mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat sesuka hati termasuk memburukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya