ADALAH sesuatu yang aneh apabila agensi berita Bernama melaporkan kenyataan dua bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Johan Jaaffar dan Tan Sri Zainuddin Maidin yang membidas laporan Utusan Malaysia berhubung isu pelantikan Peguam Negara. Hujah mereka, Utusan masih berada dalam kepompong sendiri ketika kononnya Malaysia kini sudah memasuki era baharu berikutan kejayaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan Menuduh Utusan Malaysia mengamalkan sikap rasis dalam memperkatakan isu tersebut sehingga boleh membahayakan Malaysia yang merupakan negara berbilang kaum, boleh dianggap keterlaluan. Ia memandangkan pandangan pelbagai pihak berhubung pelantikan itu termasuk yang mempersoalkannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya