RAUT wajah si tinggi lampai, Bella Dally sewaktu menjengah ke Studio Utusan untuk sesi fotografi baru-baru ini seperti langsung tidak menggambarkan situasi dirinya yang baru mengalami episod gelap dalam kehidupan. Belum genap sebulan sejak bergelar janda selepas keruntuhan rumah tangga bersama aktor, Nazim Othman, 2 Mei lalu, Bella seakan-akan sudah jauh meninggalkan bahagian tersebut pada helaian masa lampaunya. Jika dilihat pada akaun media sosialnya, perkara sama juga yang terpancar iaitu nilai positif dan ketenangan. Semuanya itu dapat dirasai pada setiap status yang dimuat naik tanpa satu pun menyentuh soal perceraiannya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya