BRUSSELS 7 Jun – Belgium membuat Mesir tersentak menjelang persediaan menghadapi Piala Dunia 2018 apabila meraih kemenangan 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa biarpun tanpa khidmat pemain pertahanan utama, Vincent Kompany. Dalam perlawanan tersebut tuan rumah mengekalkan formasi tiga pertahanan malah Belgium yang bakal menjadi seteru utama England di peringkat kumpulan dilihat amat berbisa di bahagian serangan berbanding ketika seri menentang Portugal pada Sabtu lalu. Romelu Lukaku menjadi pilihan utama di bahagian serangan dalam kesebelasan utama berbanding Michy Batshuayi dan berupaya meledak masuk dari jarak dekat pada minit ke-27 apabila penjaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya