BRUSSELS 7 Jun – Belgium membuat Mesir tersentak dalam persediaan mereka menghadapi Piala Dunia 2018 apabila menang 3-0 dalam perlawanan persahabatan walaupun tanpa khidmat pemain pertahanan utama Vincent Kompany. Walaupun tanpa ketua pasukan mereka itu, Belgium mengekalkan formasi tiga pemain di bahagian pertahanan dan bakal pesaing utama England di peringkat kumpulan itu jelas amat berbisa di bahagian serangan berbanding ketika seri menentang Portugal pada Sabtu lalu. Romelu Lukaku, yang menjadi pilihan utama di bahagian serangan dalam kesebelasan utama berbanding Michy Batshuayi, meletakkan pasukannya di depan menerusi percubaan jarak dekat pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya