WASHINGTON 5 Jun – Pengerusi Eksekutif Starbucks, Howard Schultz mengumumkan persaraannya daripada syarikat itu, menyemarakkan spekulasi bahawa beliau mungkin merancang menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun 2020. Schultz, 64, menjadi pengerusi eksekutif Starbucks selepas meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif pada April tahun lepas dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Kevin Johnson. Menurut Starbucks dalam satu kenyataan, Schultz akan meninggalkan syarikat itu pada akhir bulan ini dan menerima gelaran kehormat sebagai pengerusi emeritus. Pengumuman Schultz pantas mencetuskan spekulasi bahawa bahawa mungkin bercadang menceburi bidang politik sebagai ahli Demokrat dan bertanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya