SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini gempar berita seorang bayi dicampak dari tingkat atas sebuah restoran oleh seorang wanita warga asing ketika waktu puncak pengunjung ramai bertumpu di restoran tersebut. Saya harap bayi itu dapat diselamatkan tetapi kejadian sebegini sudah tidak mengejutkan masyarakat di negara ini memandangkan perkara sama sudah berulang kali berlaku. Masalahnya, media melaporkan berita bayi dicampak tetapi kurang langsung khabar tentang tindakan terhadap ibu ataupun individu yang mencampak bayi-bayi malang tersebut. Sama ada pihak berkuasa gagal mengesan atau melepaskan suspek, mahkamah tidak mendakwa ataupun media tidak melaporkan tindakan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya