RAWANG 25 Jun – Penduduk Bandar Baru Kundang, dekat sini mendakwa kawasan perumahan mereka berisiko berlaku banjir besar sekiranya pembinaan sebuah longkang monsun diteruskan oleh pemaju sebuah projek perumahan berhampiran. Wakil Penduduk Wong Yat Wai berkata, pihak pemaju dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sepatutnya berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek tersebut dan bukannya membuat keputusan tanpa persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Beliau berkata, lebih menghairankan apabila pembinaan longkang sepanjang kira-kira 400 meter itu perlu melalui kawasan perumahan mereka sedangkan pemaju mempunyai pilihan lain dengan menggunakan tanah kosong yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya