KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) enggan mengulas mengenai spekulasi sama ada Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim, telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan. Khabar angin berhubung peletakan jawatannya telah tersebar di media sosial susulan berita yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut. Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr Zeti AKhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor yang kelapan. BNM sebelum ini terlibat dalam kontroversi berhubung pembelian tanah bernilai RM2 bilion yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kemelut 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Kementerian Kewangan mengesahkan laporan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya