KAWASAN padang di Kampung Dawan yang terletak di daerah Klungkung, Bali, Indonesia pada lewat malam itu sunyi sepi. Walaupun di tengah-tengah padang tersebut terdapat ratusan masyarakat Bali sedang duduk berkumpul, namun masing-masing dilihat diam membisu sementara bebola mata mereka asyik menyaksikan ritual Lukat Geni. Tatkala jeritan seorang lelaki memecahkan kesunyian malam, beberapa orang remaja yang menyaksikan ritual tersebut mula menutup mata masing-masing. Riak takut jelas terpancar pada wajah mereka. Ini kerana, pada waktu itu nyalaan api dilihat sedang marak menyala di belakang tubuh salah seorang peserta ritual Lukat Geni. “Ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya