Kareena Kapoor memang terkenal dengan penampilan glamornya di khalayak umum. Walaupun sekadar mengenakan baju-T dengan jean, namun aktres Bollywood itu tetap berbeza daripada orang lain. Ini kerana, baju-T yang dipakai Kareena bukan daripada baju-T yang biasa-biasa harganya. Salah satu daripadanya adalah baju-T berwarna merah jambu yang digayakan olehnya baru-baru ini. Menurut Bollywoodlife.com, baju daripada jenama Givenchy itu dikhabarkan bernilai Rs36,000 (RM2,138). Sedangkan rekaan baju dengan hiasan bintang itu kelihatan biasa bagi mereka yang tidak mengenali jenama mewah tersebut.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya