PUTRAJAYA 9 Jun – Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo, 33, memberitahu bahawa anak keempatnya, Nur Amna Quxandra atau Baby Xandra semakin beransur pulih selepas genap seminggu menjalani pembedahan bagi merawat masalah bibir sumbing yang dihidapinya. Katanya, jahitan telah pun dibuka pada 6 Jun lalu tetapi luka pembedahan tersebut masih belum kering sepenuhnya dan mengambil masa kurang seminggu untuk betul-betul sembuh. “Doktor nasihatkan agar luka dicuci dua atau tiga kali sehari bagi mengelakkan jangkitan kuman dan kami perlu berhati-hati ketika melakukannya supaya luka tidak melarat memandangkan tisu bibir bayi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya