SINGAPURA 2 Jun – Penempatan struktur ketenteraan China di Laut China Selatan dan penghantaran sistem senjata canggih di pulau buatan mereka dipercayai bagi mengugut dan menakut-nakutkan negara jiran yang menuntut perairan itu termasuk Malaysia. Bercakap semasa persidangan keselamatan berprofil tinggi di sini, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis berkata, tentera Amerika antara lain terus menyokong diplomat yang berusaha ke arah menghentikan pembangunan senjata nuklear di Semenanjung Korea. Mattis berkata, Beijing telah menghantar pelbagai kelengkapan ketenteraan termasuk peluru berpandu anti kapal, peluru berpandu permukaan dan penyekat elektronik di pulau-pulau buatannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya