MELAKA 27 Jun – Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam mahu memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai nanti. Katanya, kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang masih meletakkannya dalam senarai 24 pemain terpilih menjalani kem latihan pusat skuad negara pada 1 Julai itu, mahu dibalas dengan memberikan aksi yang terbaik. Penjaga gawang berpengalaman itu berkata, aksi tersebut juga dilihat medan terbaik mencari dan menjamin tempat dalam pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya